Suara letusan gunung memekakkan telinga, binatang-binatang serta manusia mati bergelimpangan. Hutan-hutan musnah terbakar. Pada masa itu, orang akan melupakan anak yang sedang disusuinya. Manakala orang yang hamil akan gugurlah kandungannya pada masa itu juga, keadaan manusia pada masa itu seperti orang mabuk kerana goncangan bumi yang begitu kuat. Air laut menyimbah ke darat mengaramkan kota-kota itu hancur berkecai.
Tinggal Debu
Apabila matahari digulung cahayanya, bintang-bintang jatuh bertaburan ke bumi, Dan apabila gunung-ganang diterbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu), unta-unta bunting ditinggalkan. Binatang-binatang berkumpul, laut mengganas. Bila roh disatukan, anak-anak perempuan yang dikubur hidup-hidup disoal. Apakah dosa mereka hingga mereka dibunuh (di zaman jahiliah). Apabila buku-buku kebajikan diedarkan, langit dicabul (Bintang-bintang dan planet tidak di tempatnya). Neraka mula dinyalakan, Syurga mula dibukakan. Setiap orang akan mengetahui apakah amalan yang telah mereka kerjakan. Aku (Allah) bersumpah menarik perhatianmu kepada bintang-bintang yang kelihatan kembali, dan beredar serta berlindung. Demi malam bila telah hampir tamat dan subuh mulai kelihatan. Sesungguhnya semua itu adalah perkataan Rasul yang mulia. Yang mempunyai kekuatan di sisi Arasy yang tinggi darjatnya. Yang dihormat dan dipercayai.
(Surah At-Takwir.- Ayat 1-21)
(Surah At-Takwir.- Ayat 1-21)
Surah ini menerangkan betapa hebatnya peristiwa kiamat. Cubalah kita bayangkan apabila matahari tidak bersinar, bintang-bintang berguguran jatuh ke bumi. Gunung-gunung yang pejal dari batu-batan hancur bagaikan debu. Oleh kerana goncangan bumi begitu kuat, manusia tidak dapat duduk diam, isi perut bagai dikocak, rumah-rumah, bangunan-bangunan tinggi runtuh timpa menimpa mencium bumi. Ramai manusia yang terkorban, sawah-ladang dipenuhi lahar dan lumpur panas yang dimuntahi oleh gunung berapi.
Suara letusan gunung memekakkan telinga, binatang-binatang serta manusia mati bergelimpangan. Hutan-hutan musnah terbakar. Pada masa itu, orang akan melupakan anak yang sedang disusuinya. Manakala orang yang hamil akan gugurlah kandungannya pada masa itu juga. Keadaan manusia pada masa itu seperti orang mabuk kerana goncangan bumi yang begitu kuat. Air laut menyimbah ke darat mengaramkan kota-kota dan menjadi hancur berkecai.
Dunia seolah-olah sedang mengamuk kepada manusia kerana dosa-dosa mereka. Sana-sini kedengaran suara jeritan minta pertolongan dan suara merintih. Laki-laki dan wanita berlari-lari seperti orang gila kerana ketakutan. Berhari-hari penduduk dunia berada dalam suasana azab bencana akan kiamat. Siang dan malam bumi bergoyang terus-menerus, sehingga tiada satupun bangunan berdiri tegak melainkan semuanya hancur.
Gunung-gunung terus memuntahkan batu-batu api yang menyala-nyala. Pada masa itu tidak ada lagi perasaan gembira. Di kala itu manusia menjadi lebih hairan kerana matahari yang bersinar terang-benderang dan panas tiba-tiba menjadi gelap-gelita. Ketika manusia dalam kebingunggan, kehairanan dan ketakutan yang tak habis habis, tiba-tiba bintang-bintang yang beribu-ribu jumlahnya di angkasa jatuh ke bumi menimpa apa saja yang berada di bumi.
Sana-sini terdengar ledakan-ledakan hebat yang mengegarkan. Pada masa itu panas permukaan bumi sungguh luar biasa, hinggakan air laut menjadi kering. Dalam pada itu datang pula angin kencang bertiup entah dari mana, angin itu menerbangkan apa saja yang terdapat di bumi. Kemudian pada saat genting itu malaikat Israfil meniup sangkakalanya. Apabila dunia telah hancur sama sekali oleh tiupan sangkakala maka wajah dunia bertukar rupa, di mana seluruh muka bumi menjadi rata dan lapang.
all the best!!
ReplyDelete