27 July 2012

Ratu Nil | Yukabid

YUKABID adalah ibu kepada Nabi Musa. Yukabid mengandungkan Musa ketika Firaun memerintahkan anak lelaki kaum Bani Israel dibunuh kerana bimbang anak lelaki akan menentang dan mengambil kekuasaannya.

Suatu ketika, Yukabid mendengar perintah Firaun itu. Alangkah sedihnya hati Yukabid kerana dia sedang sarat mengandung waktu itu. Yukabid terpaksa bersembunyi sahaja di rumah agar kandungannya tidak diketahui orang.

Sehinggalah tiba masanya, Yukabid pun melahirkan anaknya. Alangkah terkejutnya dia apabila anak yang dilahirkannya itu adalah anak lelaki.

Walaupun berasa takut dengan perintah Firaun, seboleh-bolehnya dia mahu mempertahankan nyawa anaknya itu. Dia tidak mahu anaknya itu menjadi korban undang-undang yang diperintahkan oleh Firaun yang zalim dan kejam.

Yukabid berjaya merahsiakan kelahiran Musa selama tiga bulan daripada pengetahuan Firaun dan tentera-tenteranya.

Walau bagaimanapun, hatinya tidak pernah tenteram melihat 
anaknya yang semakin membesar. Dia risau akan keselamatan Musa. Dalam kerisauan itulah, Allah Yang Maha Berkuasa telah memberi ilham kepada Yukabid agar membuat sebuah peti. Lalu Allah SWT memerintahkan agar Musa dimasukkan ke dalam peti dan dihanyutkan ke Sungai Nil.

Dengan hati yang tenang dan sabar, maka Yukabid pun menghanyutkan Musa ke sungai Nil seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT kepadanya. Peti itu dihanyutkan oleh arus sungai sehingga sampai ke istana Firaun.

Kebetulan pada hari itu, Asiah permaisuri Firaun sedang bersiar-siar bersama dayang-dayangnya. Ketika sedang bersiar-siar itu, Asiah menyuruh dayang-dayangnya mengambil sedikit air dari Sungai Nil. Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati ada sebuah peti di sisi kaki mereka. Lalu diambil peti itu dan dibawakan kepada Asiah.

Maka Asiah terus membuka peti itu dan dilihatnya ada seorang bayi 
di dalamnya. Apabila melihat akan wajah bayi itu, timbul rasa cinta dan kasih dalam hatinya terhadap bayi itu. Asiah mengambil bayi itu dan dibawanya pulang istana.

Tiba sahaja di istana, Asiah meminta keizinan Firaun untuk membela bayi itu. Pada mulanya Firaun tidak mengizinkan Asiah mengambil bayi itu tetapi setelah dipujuk, akhirnya Firaun bersetuju.

Setelah mendengar tangisan kehausan bayi itu, Asiah berasa kasihan lalu disuruhnya Firaun mencarikan seorang wanita yang dapat menyusukan bayi itu. Akan tetapi seorang demi seorang wanita yang datang untuk menyusukan bayi itu telah ditolak oleh 
bayi tersebut.

Bayi itu tidak mahu disusukan oleh mereka sehinggalah berita ini diketahui oleh saudara Musa, Mariam. Lalu Mariam datang ke istana dan memberitahu kepada dayang-dayang Asiah bahawa dia boleh membawakan seorang ibu yang boleh menyusukan bayi itu.

Mendengar sahaja berita daripada dayang-dayang itu, Asiah memerintahkan agar bayi itu dibawa ke rumah Yukabid.

Yukabid menyambut anaknya itu dengan penuh kasih sayang. Bayi itu terus minum susu ibunya sehingga kenyang. Alangkah seronoknya hati Yu
kabid. Allah SWT telah mengembalikan anaknya, Musa kepadanya kerana kesabaran dan ketabahan mengikut perintah-Nya.

21 July 2012

Ainul Mardhiah | Penghulu Bidadari Syurga

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah yang sangat istimewa kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah, maka bidadari bagi suaminya adalah dalam kalangan bidadari-bidadari kurniaan Allah dan dia sendiri (Isteri Solehah merupakan ketua kepada segala bidadari- bidadari di syurga nanti).
Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah SWT dan ini merupakan Sunnah besar Rasulullah SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.
Suatu pagi di bulan Ramadhan…
Ketika Rasulullah memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah), katanya, sesiapa yang keluar berjuang di jalan Allah dan tiba-tiba ia Syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari di syurga nanti. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat untuk mengetahui bagaimana cantiknya bidadari tersebut. Akan tetapi, dia malu nak bertanyakan kepada Rasulullah kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun demikian, dia tetap memberi nama sebagai salah seorang yang akan keluar berjuang.
Maka pemuda itu berjalan ke arah tersebut dan dia mendapati ada seorang wanita yang tidak pernah dia lihat begitu cantik didunia ini. Lalu diberi salam dan dia bertanya, andakah Ainul Mardhiah? Wanita itu menjawab “Eh tidak! Saya khadamnya. Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana.”
sungguh mengagumkan.
segala-galanya kepada satu sahabatnya yang lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Rasullullah SAW akan tetapi sekiranya dia Syahid, barulah boleh ceritakannya kepada baginda.
Sebelum Zohor, Sunnah nabi akan tidur sebentar (Dkhailulah) maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi, tidur bersama-sama.
Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah dan dia bertemu dengan seorang lelaki yang berpakaian yang bersih lagi cantik serta muka yang berseri-seri lalu ditanyanya dimanakah dia. Lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan Ainul Mardhiah dan ditunjukinya ke suatu arah.
Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan dia lihat ada seorang lagi wanita yang sedang mengelap permata-permata perhiasan di dalam mahligai. Kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi. Diberi salam dan ditanya lagi adakah dia Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab, “Tidak… saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini. Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana. Pemuda itu terus menaiki anak-anak tangga mahligai permata itu. Kecantikannya
Akhirnya, dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang amat cantik dari yang pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang kedua. Wanita itu berkata, “Akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku. Apabila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab. “Nanti! Kamu belum Syahid lagi!” Pemuda itu pun tersentak lalu terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan
Pada petang itu, pemuda tersebut bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah Syahid.
Pada hari yang sama, ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, untuk berbuka, maka seorang sahabat telah bangun dan merapati Rasulullah SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang Syahid tadi. Selepas itu, Rasullah menjawab “Benar… benar…benar…”
Memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di Syurga. SubhanAllah…


Credit to : Ahmad Fathi Aiman bin Azman

18 July 2012

Mengumpat

Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Rasulullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabda baginda bermaksud :


“Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya” 


(Hadis Riwayat Muslim)

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan. Biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya. Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.

WARNING! Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya di akhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.



”Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat” 


(Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya dan Ibnu Hibban)

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain.

Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda Rasulullah S.A.W. 



“Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allahakan mengintip keaibannya,dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri” 


(Hadis Riwayat Abu Daud)


Credit to: Norkhairudin bin Basar

17 July 2012

Solat Tahajjud

Niat :
" Sahaja aku solat sunat tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala."


Rakaat pertama :
i) Disunatkan membaca Doa Iftitah
ii) Membaca Al-Fatihah
iii) Membaca Surah Al-Kafirun
iv) Bacalah ayat Al-Kursi (7 kali)


Rakaat Kedua :
i) Membaca Al-Fatihah
ii) Membaca Surah Al-Ikhlas
iii) Bacalah Surah Al-Ikhlas (11 kali)


Doa yang diamalkan Rasulullah untuk kita ikuti sewaktu sujud terakhir dalam solat : 


“Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar.”


Selepas memberi salam, bacalah doa :


” Ya Allah, bagimu segala puji. Engkaulah penegak langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagimulah segala puji,Engkaulah raja penguasa langit dan bumi. Bagi Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi. Engkaulah yang hak dan janjimu adalah benar ,dan perjumpaanmu itu adalah hak dan firmanmu adalah benar dan syurga adalah hak dan neraka adalah hak dan nabi-nabi itu hak benar , dan Nabi Muhammad SAW adalah benar, dan saat hari kiamat itu benar .
Ya Allah kepadamulah kami berserah diri (bertawakal), kepada Engkau jualah kami kembali, dan kepadamulah kami rindu, dan kepada engkaulah kami berhukum .
Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang sebelumnya, baik yang kami sembunyikan maupun yang kami nyatakan”. Engkaulah tuhan yang terdahulu dan tuhan yang terakhir .Tiada Tuhan melainkan engkau Allah Rabbul’alamin. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah”

 5 kelebihan solat tahajud di dunia adalah :

  • Akan dipelihara oleh Allah SWT dari segala bencana.
  • Tanda ketaatannya akan kelihatan dimukanya.
  • Akan dicintai para hamba Allah yang soleh dan dicintai oleh semua manusia.
  • Lidahnya akan mampu mengucapkan kata-kata yang mengandung hikmah.
  • Akan dijadikan orang bijaksana, yakni diberi pemahaman dalam agama.

4 kelebihan di akhirat kelak adalah :

  • Wajahnya berseri ketika bangkit dari kubur di Hari Pembalasan nanti.
  • Akan mendapat keringanan ketika dihisab.
  • Ketika menyeberangi titian Siratul Mustaqim, boleh melakukannya dengan sangat cepat, seperti halilintar yang menyambar.
  • Catatan amalnya diberikan di tangan kanan.

Setelah selesai mengerjakan Solat Tahajjud, perbanyakanlah membaca istighfar dan zikir kepada Allah kemudian berdoa sesuai dengan keinginan kita. Mudah-mudahan hidup kita sentiasa beroleh keberkatan dan keredhaan selain dikabulkan cita-cita.

04 July 2012

Sunnah Orang Berjuang - Hijjaz



Bila dah bosan, ini lah kerja nya.
Jom layan lagu ni  :)