01 November 2012

Rindu ღ

As salam.

Harini nak cerita aktiviti selepas Peperiksaan Akhir Tahun. Hmm. Apa ye? Entah la, rasa macam tak banyak je, keluar makan dengan kawan-kawan, makan, makan, makan dan makan. Itu je lah aktiviti nya. Bila kat sekolah hampir semua chegu dah tak mengajar kitorang. Lagipun ramai pelajar yang tak datang, apa yang chegu nak ajar? Apa yang berlaku bila chegu tak ajar dan pelajar tak datang? Kami yang datang ni hanya mampu melelapkan mata dan bermimpi. Wahh, bestnya ! Haha.

Bila baik rumah online. Buat apa? Main Facebook, Twitter, dengar lagu, bukak Youtube. Sambil-sambil tu cari mana-mana sumber/ilmu kat mana-mana laman sosial.

Opss ! Tajuk sebenarnya RINDU, tapi kenapa cerita pasal benda ni semua, haa? Aduh ! Apa lah. Hmm. Dah dua hari tak sekolah, termasuk esok (Jumaat) jadilah tiga hari. Harini duduk rumah seorang diri, adik bersekolah (hantar buku teks), abang keluar, saya duduk rumah. Mula-mula main game, tapi dah bosan, bukak la gambar-gambar lama dalam folder 'Gambar Family'. Tengok satu persatu gambar masa kecik-kecik, eh, keciknya saya, tahun depan dah nak masuk 17 tahun, dah besar rupanya. Lepas tu tengok lagi gambar family yang lain. Ahh, rindu nya kat mereka ! Rindu my Daddy, rindu my Mummy, rindu my Amir Solihin, rindu my kakak, dan rindu my abang-abang.

Bila rindu dah hadir, mula lah rasa nak menangis. Kebetulan dengar lagu Pasrah Segalanya. Ouh, sangat sedih ! Bantu lah saya. Saya rindukan Mummy Daddy saya ! Saya nak duduk dengan mereka. Sobs sobs sobs. Dada saya sakit, nak mereka ! (Ngada-ngada pulak ayat tu. Haha.)

By the way, esok (Jumaat) saya nak balik Sungai Buloh dah. Nak jumpa mereka yang saya sayang sangat-sangat tu dan rindu sangat-sangat tu. Korang ada? Hehe. Alhamdulillah, tak sabarnya.

Jom layan lagu ni.

http://www.youtube.com/watch?v=_ir3nIsKn2Y

25 September 2012

Mummy..

As salam.

Lama rasanya tak update blog, kan? Tengah dok ber'chatting' sambil dengar lagu, tetibe tertekan lagu ni. Ouh, rindunya dekat Mummy saya ! Uhuk3x. Sobs3x.

Nah la, layan je lah okey !


18 September 2012

If You Are Stolen, Call The Police At Once.



When a person is 'stolen', he/she is said to have been kidnapped. The funny thing about message is that the person kidnapped is being instructed to call the police. One must then assume of course that the kidnappers have left the person untied, ungagged and unattended. They would also have had to generously leave a handphone well within reach so the victim could let the police know of their whereabouts.

Way to go kidnappers! The word 'stolen' is usually used with reference to another's property being taken away without permission or right, either secretly or by force. To use it in the context of a kidnapping would imply that the person was equated with property. The only occasion when the word could be used in relation to a person is in the context of: "She stole my boyfriend" or "My girlfriend was stolen by my bestfriend", where the person concerned is viewed as anothers's 'property' and therefore can be stolen.

But as the sign is at a police station, and the police could have no heart-felt links to victims, it should have read: "If you know of anyone who has been kidnapped, call the police at once."

27 July 2012

Ratu Nil | Yukabid

YUKABID adalah ibu kepada Nabi Musa. Yukabid mengandungkan Musa ketika Firaun memerintahkan anak lelaki kaum Bani Israel dibunuh kerana bimbang anak lelaki akan menentang dan mengambil kekuasaannya.

Suatu ketika, Yukabid mendengar perintah Firaun itu. Alangkah sedihnya hati Yukabid kerana dia sedang sarat mengandung waktu itu. Yukabid terpaksa bersembunyi sahaja di rumah agar kandungannya tidak diketahui orang.

Sehinggalah tiba masanya, Yukabid pun melahirkan anaknya. Alangkah terkejutnya dia apabila anak yang dilahirkannya itu adalah anak lelaki.

Walaupun berasa takut dengan perintah Firaun, seboleh-bolehnya dia mahu mempertahankan nyawa anaknya itu. Dia tidak mahu anaknya itu menjadi korban undang-undang yang diperintahkan oleh Firaun yang zalim dan kejam.

Yukabid berjaya merahsiakan kelahiran Musa selama tiga bulan daripada pengetahuan Firaun dan tentera-tenteranya.

Walau bagaimanapun, hatinya tidak pernah tenteram melihat 
anaknya yang semakin membesar. Dia risau akan keselamatan Musa. Dalam kerisauan itulah, Allah Yang Maha Berkuasa telah memberi ilham kepada Yukabid agar membuat sebuah peti. Lalu Allah SWT memerintahkan agar Musa dimasukkan ke dalam peti dan dihanyutkan ke Sungai Nil.

Dengan hati yang tenang dan sabar, maka Yukabid pun menghanyutkan Musa ke sungai Nil seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT kepadanya. Peti itu dihanyutkan oleh arus sungai sehingga sampai ke istana Firaun.

Kebetulan pada hari itu, Asiah permaisuri Firaun sedang bersiar-siar bersama dayang-dayangnya. Ketika sedang bersiar-siar itu, Asiah menyuruh dayang-dayangnya mengambil sedikit air dari Sungai Nil. Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati ada sebuah peti di sisi kaki mereka. Lalu diambil peti itu dan dibawakan kepada Asiah.

Maka Asiah terus membuka peti itu dan dilihatnya ada seorang bayi 
di dalamnya. Apabila melihat akan wajah bayi itu, timbul rasa cinta dan kasih dalam hatinya terhadap bayi itu. Asiah mengambil bayi itu dan dibawanya pulang istana.

Tiba sahaja di istana, Asiah meminta keizinan Firaun untuk membela bayi itu. Pada mulanya Firaun tidak mengizinkan Asiah mengambil bayi itu tetapi setelah dipujuk, akhirnya Firaun bersetuju.

Setelah mendengar tangisan kehausan bayi itu, Asiah berasa kasihan lalu disuruhnya Firaun mencarikan seorang wanita yang dapat menyusukan bayi itu. Akan tetapi seorang demi seorang wanita yang datang untuk menyusukan bayi itu telah ditolak oleh 
bayi tersebut.

Bayi itu tidak mahu disusukan oleh mereka sehinggalah berita ini diketahui oleh saudara Musa, Mariam. Lalu Mariam datang ke istana dan memberitahu kepada dayang-dayang Asiah bahawa dia boleh membawakan seorang ibu yang boleh menyusukan bayi itu.

Mendengar sahaja berita daripada dayang-dayang itu, Asiah memerintahkan agar bayi itu dibawa ke rumah Yukabid.

Yukabid menyambut anaknya itu dengan penuh kasih sayang. Bayi itu terus minum susu ibunya sehingga kenyang. Alangkah seronoknya hati Yu
kabid. Allah SWT telah mengembalikan anaknya, Musa kepadanya kerana kesabaran dan ketabahan mengikut perintah-Nya.

21 July 2012

Ainul Mardhiah | Penghulu Bidadari Syurga

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah yang sangat istimewa kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah, maka bidadari bagi suaminya adalah dalam kalangan bidadari-bidadari kurniaan Allah dan dia sendiri (Isteri Solehah merupakan ketua kepada segala bidadari- bidadari di syurga nanti).
Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah SWT dan ini merupakan Sunnah besar Rasulullah SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.
Suatu pagi di bulan Ramadhan…
Ketika Rasulullah memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah), katanya, sesiapa yang keluar berjuang di jalan Allah dan tiba-tiba ia Syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari di syurga nanti. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat untuk mengetahui bagaimana cantiknya bidadari tersebut. Akan tetapi, dia malu nak bertanyakan kepada Rasulullah kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun demikian, dia tetap memberi nama sebagai salah seorang yang akan keluar berjuang.
Maka pemuda itu berjalan ke arah tersebut dan dia mendapati ada seorang wanita yang tidak pernah dia lihat begitu cantik didunia ini. Lalu diberi salam dan dia bertanya, andakah Ainul Mardhiah? Wanita itu menjawab “Eh tidak! Saya khadamnya. Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana.”
sungguh mengagumkan.
segala-galanya kepada satu sahabatnya yang lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Rasullullah SAW akan tetapi sekiranya dia Syahid, barulah boleh ceritakannya kepada baginda.
Sebelum Zohor, Sunnah nabi akan tidur sebentar (Dkhailulah) maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi, tidur bersama-sama.
Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah dan dia bertemu dengan seorang lelaki yang berpakaian yang bersih lagi cantik serta muka yang berseri-seri lalu ditanyanya dimanakah dia. Lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan Ainul Mardhiah dan ditunjukinya ke suatu arah.
Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan dia lihat ada seorang lagi wanita yang sedang mengelap permata-permata perhiasan di dalam mahligai. Kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi. Diberi salam dan ditanya lagi adakah dia Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab, “Tidak… saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini. Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana. Pemuda itu terus menaiki anak-anak tangga mahligai permata itu. Kecantikannya
Akhirnya, dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang amat cantik dari yang pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang kedua. Wanita itu berkata, “Akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku. Apabila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab. “Nanti! Kamu belum Syahid lagi!” Pemuda itu pun tersentak lalu terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan
Pada petang itu, pemuda tersebut bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah Syahid.
Pada hari yang sama, ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, untuk berbuka, maka seorang sahabat telah bangun dan merapati Rasulullah SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang Syahid tadi. Selepas itu, Rasullah menjawab “Benar… benar…benar…”
Memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di Syurga. SubhanAllah…


Credit to : Ahmad Fathi Aiman bin Azman

18 July 2012

Mengumpat

Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Rasulullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabda baginda bermaksud :


“Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya” 


(Hadis Riwayat Muslim)

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan. Biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya. Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.

WARNING! Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya di akhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.



”Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat” 


(Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya dan Ibnu Hibban)

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain.

Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda Rasulullah S.A.W. 



“Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allahakan mengintip keaibannya,dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri” 


(Hadis Riwayat Abu Daud)


Credit to: Norkhairudin bin Basar

17 July 2012

Solat Tahajjud

Niat :
" Sahaja aku solat sunat tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala."


Rakaat pertama :
i) Disunatkan membaca Doa Iftitah
ii) Membaca Al-Fatihah
iii) Membaca Surah Al-Kafirun
iv) Bacalah ayat Al-Kursi (7 kali)


Rakaat Kedua :
i) Membaca Al-Fatihah
ii) Membaca Surah Al-Ikhlas
iii) Bacalah Surah Al-Ikhlas (11 kali)


Doa yang diamalkan Rasulullah untuk kita ikuti sewaktu sujud terakhir dalam solat : 


“Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar.”


Selepas memberi salam, bacalah doa :


” Ya Allah, bagimu segala puji. Engkaulah penegak langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagimulah segala puji,Engkaulah raja penguasa langit dan bumi. Bagi Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi. Engkaulah yang hak dan janjimu adalah benar ,dan perjumpaanmu itu adalah hak dan firmanmu adalah benar dan syurga adalah hak dan neraka adalah hak dan nabi-nabi itu hak benar , dan Nabi Muhammad SAW adalah benar, dan saat hari kiamat itu benar .
Ya Allah kepadamulah kami berserah diri (bertawakal), kepada Engkau jualah kami kembali, dan kepadamulah kami rindu, dan kepada engkaulah kami berhukum .
Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang sebelumnya, baik yang kami sembunyikan maupun yang kami nyatakan”. Engkaulah tuhan yang terdahulu dan tuhan yang terakhir .Tiada Tuhan melainkan engkau Allah Rabbul’alamin. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah”

 5 kelebihan solat tahajud di dunia adalah :

  • Akan dipelihara oleh Allah SWT dari segala bencana.
  • Tanda ketaatannya akan kelihatan dimukanya.
  • Akan dicintai para hamba Allah yang soleh dan dicintai oleh semua manusia.
  • Lidahnya akan mampu mengucapkan kata-kata yang mengandung hikmah.
  • Akan dijadikan orang bijaksana, yakni diberi pemahaman dalam agama.

4 kelebihan di akhirat kelak adalah :

  • Wajahnya berseri ketika bangkit dari kubur di Hari Pembalasan nanti.
  • Akan mendapat keringanan ketika dihisab.
  • Ketika menyeberangi titian Siratul Mustaqim, boleh melakukannya dengan sangat cepat, seperti halilintar yang menyambar.
  • Catatan amalnya diberikan di tangan kanan.

Setelah selesai mengerjakan Solat Tahajjud, perbanyakanlah membaca istighfar dan zikir kepada Allah kemudian berdoa sesuai dengan keinginan kita. Mudah-mudahan hidup kita sentiasa beroleh keberkatan dan keredhaan selain dikabulkan cita-cita.

04 July 2012

Sunnah Orang Berjuang - Hijjaz



Bila dah bosan, ini lah kerja nya.
Jom layan lagu ni  :)

19 June 2012

Majlis Selangor Berselawat 2012.



Shah Alam. (16 Jun 2012, Sabtu)

* Dalam kenangan. Beshhh !

04 June 2012

Andaian..

Bila jumpa pelacur tepi jalan, orang akan kata “Eee perempuan kotor ni” . Padahal kita tak tahu dia telah dijual oleh bapanya ketika umur 10 tahun.

Bila jumpa bekas banduan, orang akan kata “ish penjahat ni. jangan dekat dengan dia”. Padahal kita tak tahu dia telah difitnah mengambil rasuah oleh sahabat karibnya sendiri.

Bila jumpa pesakit mental, orang akan kata “orang gila ! jangan kacau aku”. Padahal kita tak tahu dia telah didera oleh mak tirinya hingga mengalami trauma berpanjangan.

Bila jumpa lelaki muka hodoh, orang akan kata “euww hodohnya. siapalah nak kahwin dengan kau tu” . Padahal kita tak tahu lelaki tu kehilangan ketampanannya akibat melecur dalam usaha menyelamatkan ibunya dalam kebakaran.

P/S : Kesimpulannya, jangan terlalu mudah membuat andaian... 



Jaga minda, jaga kata-kata dan jaga tindakan..
JAGA HATI ..

25 January 2012

Ku Pohon Cintaku Dikunci Rapi


Cinta..
Dikau itu fitrahnya suci
Sesuci embunan pagi
Seputih turunan salji
Cinta..
Syukran Ya Ilahi
Sesungguhnya kurniaanMu ini ibarat pelangi
Mewarnai segenap hidupan duniawi
Cinta..
Andai manusia itu bijak pekerti
Pastinya dikau tidak sesekali dinodai
Tentunya dikau aman di lubuk sanubari
Cinta..
Kenapa dikau selalu disalaherti?
Dituduh,dihina..sering dicaci
Tatkala manusia terlajur diri
Cinta..
Usah dikau bersedih hati
Dikala manusia menunjuk benci
Bukan salahmu sekali-kali
Cinta..
Dikau sebenarnya penyeri
Buat kami khalifah di bumi
Juga buat anak cucu kami
Cinta..
Hapuslah air matamu di pipi
Imbaulah kembali indahnya memori
Disaat dikau penyatu kasih yang murni
Cinta..
Adakah dikau masih ingati?
Saat Adam dan Hawa menyemai kasih syurgawi
Bukankah terbukti dikau penyatu dua hati?
Cinta..
Zaman ini banyak sekali tragedi
Menarik dikau ke lembah penuh misteri
Habislah dikau andai manusia hilang pedoman diri
Cinta..
Zaman ini dikau tidak lagi selalu disanjung tinggi
Namamu hanya menjadi zikir pemuda pemudi
Peroleh kepuasan penuhi nafsu meninggi
Cinta..
Ingin sekali aku bersimpati
Namun aku sendiri serupa insani
Mungkin dikau mangsaku sejurus ini
Cinta..
Percayalah,andai aku miliki iman di hati
Dikau tidak sesekali akan aku sakiti
Kerna dikau hanya halal buat insan bernama isteri
Cinta..
Aku ini seorang lelaki
Miliki gelojak nafsu juga naluri
Semoga dikau tidak membawaku ke jalan mati
Cinta..
Aku ingin miliki seorang suri
Kalau bisa,seanggun bidadari
Namun semuanya dalam lukisan rezeki..
Cinta..
Andai suatu hari aku akan dicintai
Andai suatu masa aku akan mencintai
Sudilah engkau terbit menemani jiwa kami
Cinta..
Buat masa ini
Aku ingin sekali kau dikunci rapi
Kerna kini aku  ingin menimba ilmu Ilahi
Cinta..
Sabarlah dikau buat sementara ini
Tatkala sudah tiba masanya nanti
Datanglah kembali menghiasi bahtera kasih abadi...


19 January 2012

Merentas Desa

As salam.


Yeahh! Harini adalah hari yang sangat menarik dan terbaik! Haha.


Harini adalah Hari Merentas Desa. Aduh! Kitorang merentas desa dalam HUJAN. Wohaa!
Sepanjang 4 tahun sekolah kat BA, tak pernah pulak merentas desa dalam hujan, tahun ni je 'special' sikit. Tapi yang paling penting adalah 'BEST..'


Atierah, Riyana, Tasnim, Syuhada semua dah tinggalkan Fuzah ngan Miezah. Huhh! Sabar je lah. Tapi nasib baik ada kawan yg setia, Amy ngan Fairuz. Haha. Geram je. Basah baju, basah kasut, semua basah.


Walaupun sampai lambat tapi dapat mata dalam rumah sukan tau. HAHA.
Nak sedekah kat rumah sukan, bukan selalu pun ;)


Haa! Tahun ni Fuzah dapat warna rumah sukan special sikit, warna UNGU. Haha. Dah 3 tahun dok dalam rumah sukan BIRU, tapi skali je dapat juara. Adehh! Takpe lah, tahun ni naikkan nama rumah sukan UNGU pulak. 
*wink3

17 January 2012

Rindu..

Assalam..
Harini nak cerita pasal RINDU pulak, tapi kat kawan.
Semalam hari terakhir dia kat sekolah. Tapi sayangnya tak dapat bersalam dan memeluk dia. Sangat sedih!


Jadi, nak post la lirik lagu ni. Sebenarnya lirik lagu dan lagu dah pernah di'post' di blog ni. Tapi bagi mengingati tanda persahabatan dan kesedihan kitorang semua, Fuzah nak post jugak lagu ni. Lagu ni banyak makna dan setiap bait perkataan yang dinyanyikan ada kena mengena kitorang semua.



Dulu kau berdiri bersamaku
dan saling mengukir janji
bahwa kau kan selalu ada disini
susah senangku bersama kau tempuhi 
ku hargai..

Kini kau dimana
meninggalkan ku sendiri tak berdaya
pesanmu padaku janganlah berduka 
jangan menangisimu bila kau tiada
ku mencuba..

Air mata pun jatuh ke pipi
mengingkari janji yang ku beri
kisah cinta sahabat sejati 
tak berakhir bila engkau pergi
sahabatku kau kan kurindui
kerna kau takkan kembali..

Walau kau disana
namun doaku kan selalu bersama
maaf kernaku tak pernah tuk berkata 
bahwa kaulah teman yang paling sempurna
yang ku ada..

* Aku rindu kau Leana!

04 January 2012

First Day School

Assalammua'alaikum..


Lama tak update blog kan? Erm.. So, nak ngadu la ni, uhuk uhuk uhuk.. sedih sangat sangat sebab tak dapat jumpa Amir Solihin.. 


First day school rasa memang bahagia sebab dapat jumpa kawan-kawan..rindu la katakan..erm, rindu ke?
Ahh, forget it!


Dan first day school tu jugak la membuatkan Fuzah sedih tahap melampau.. Nak menangis bila sembang ngan mak dalam phone..


First day school cikgu bagi taklimat untuk pelajar Tingkatan 4, orentasi la katakan. ermmmm..
Pastu time rehat pegi la jumpa warden asrama nak mintak borang asrama, pastu warden asrama tu cakap asrama dah full, kalau nak jugak kena jumpa pengetua.


Ermmmm, pastu pegi la pejabat amik result PMR dulu.. Haha, baru nak pegi amik..isk isk isk.. 
Lepas amik result terus ketuk pintu bilik pengetua. Pastu cakap la bla bla bla (benda yg sepatutnya dan merayu).. Last2 pengetua cakap x boleh la sebab dah ramai orang 'check-in' asrama tu..kalau ada pun untuk Form 1 je..
Dengan penuh rasa kecewa dan amat kecewa Fuzah pun keluar la dari bilik pengetua..


Ermmmm, bila cikgu cakap Fuzah masuk kelas O yang merupakan kelas Perdagangan, Fuzah pun ok je la. Lagipun subjeknya takde la nampak pressure sangat.. Tapi yang sedihnya bila budak budak laki kelas tu perangai macam $%^&.. 
Argghhhh! Benci sangat! Nak belajar pun tak bersemangat.. Tiba tiba masa tu teringatkan suasana tahun lepas(2011), kawan kawan yang sangat sempoi dan memang sempoi.. Bila kita kena marah ngan cikgu, diorang la yg backup. Sobs sobs sobs.. Sedih sangattttttt!


Bila balik rumah, tak rasa apa apa lagi, tapi bila mak call je terus rasa nak nangis sebab teringatkan suasana kelas tahun lepas. Macam macam ngadu kat mak, nak nangis sangat sangat masa tu.. Pastu mak cakap, takpe la nnti kita bincang balik.. Nak pindahhhhhhhh! MAKKKK! AYAHHHHH! uwaaaa!