12 October 2010

5 Syarat Berbuat Maksiat


Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata:

"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."
Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata:

"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya.

"Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"
Ibrahim bin Adham berkata:

01."Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezeki-Nya."
Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata:

"Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?

"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham.

"Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

02."Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.
Ibrahim kembali berkata kepadanya:

"Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab:

03."Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata:

"Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"

"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.
Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan:

04."Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh"
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar dan berkata:

"Wahai Ibrahim , mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?"
Ibrahim pun menjawab:

05."Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata:

"Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran.

"Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.

09 October 2010

Akhir Ini Sahabat

Petang itu ku lihat dia tersenyum simpul,mesra seperti selalu disisi pendampingnya yang baru.Aku rindukan senyuman itu,aku rindukan kemesraan itu,ingin saja aku muncul diri di hadapannya,tapi setelah sedar kini bukan yang dulu lagi,ku batalkan segala niat itu.

Ahh! Hatiku meronta,merayu agar datang kepadanya,tapi kakiku tak mampu,kerana aku dan dia bukan yang dulu.

Aku memanggu diri di hadapan stesen bas,terdetik rasa terharu dan pilu di hati kala melihat sekumpulan para musliamah melintas jalan menuju stesen bas hadapan.

"Hendak ke bandar agaknya."monologku sendirian.

Teringat aku sewaktu bersama teman-teman seperjuangan dulu.Betapa indahnya ketika itu,sewaktu bersama melakar kenangan dan memori indah yang tetap terpahat dan bersemadi padu dalam sanubari ini. Usai ta'lim masturat yang baru lepas ku hadiri di daerah sandakan ini,aku duduk sendirian di stesen bas ini.Pelbagai ragam yang dapat di lihat di suasana ini.Sementara menunggu bas, aku mengeluarkan examaniton pad bersaiz A4 dan pen yang sentiasa menjadi teman ku dalam perjalanan,dan seperti selalu ku mengambil masa yang tersisa ini untukku coretkan rasa hati  agar terus menjadi kenangan abadi untukku dan para teman sekalian.


Salamun'alaiQ,
Temanku sekelian,
Sekian lama telah ku nanti saat ini,
Sabar dan redha menjadi pendampingku setiap kali hadir emosi itu,

Teman,
ku berdoa agar kau fahami segala yang tersurat di hati ini,
Namun sering kali ku terbenam
dalam kekalutan dan keresahan
kerana sesungguhnya kau akan megerti nanti,

Teman,
Harapanku agar kau bahagia selalu,
doa dan tulus hati ini sentiasa menginginkan semangat jihadmu tetap abadi,

Temanku,
maafkan aku kerana tidak ada upaya untuk terus disisimu,
Dalam mencari bening-bening taQwa,
Aku sendiri terpenjara dalam dunia ciptaan sendiri,

Temanku,
Ketahuilah,aku masih setia disini,
Menanti ...
Dan menunggu saat dan waktu
untuk bersama kita tarbiyah dan fahami
erti sebuah perjuangan yang menuju cinta haQiQi dan Abadi,

Pintaku,
Teruskan perjuangan,
Jangan sesakali kau berhenti,
IstiQamahlah dan tegarlah
menghadapi segala cabaran dalam kehidupan ini.

Akhirnya,
Saat yang ku pasti nanti tiba jua,
Walaupun kini tak seindah dulu,
tapi ku bersyukur,
kerana penghujungnya,impian dan mimpiku
menjadi kenyataan dan ketahuilah,
keyakinanku tak pernah pudar..

Salam ukhwahfillah buatmu temanku,

Gerakkan langkahmu bersama,
 Doa dan harapan tinggi agar terus berada di atas arena  perjuangan suci ini.

"jadilah bunga yang terpelihara,kerana mahligai syurga itulah tempatnya..."

Muslimah sepi,
Fatin Syuhadah...

Menitis air mataku mengenang segala yang pernah ku lalui.Aku merinduimu sahabatku.Harapan dan doaku agar dia hadir lagi bersama melakar semangat yang baru mencapai impian dan matlamat kehidupan seorang insan.Aku melipat kemas coretan itu,mendamba seseorang yang boleh aku kongsikan luahan ini.Hati terus memohon agar dia hadir lagi.Inginku buang jauh kenangan pahit itu jauh dari lubuk sanubari, walaupun belum pasti,tapi tidak ku simpan rasa ini lagi agar dapatku layari kehidupan ini dengan misi dan mimpi impian suci.Moga bertemu Redha Ilahi.

"AssalamualaiQum wbt" sapa lembut seseorang di hadapanku.
"Wa'alaikumussalam wbt..." jawabku perlahan,lamaku merenungnya,seakan tak percaya,Hurul Iman kini di hadapanku..

Sekian lama ku menanti akhirnya tiba jua saat ini,aku bangun dan dia lantas menghampiri,menyeka air mataku yang tumpah,mencium dan memeluku seperti dahulu. Bas tiba dan kami pulang bersama,aku menghadiahkannya coretan yang baru siap aku tuliskan tadi.

"Dulu,kini dan selamanya".
Bicaranya disulami senyuman penuh makna menggenggam erat jemariku di saat aku memberinya coretan itu.

"Walau tak seindah dahulu,biarlah kali ini lakaran yang lebih bererti terlukis di salam coretan hidup ini,kerana kali ini tidak seperti yang dulu lagi",.

Itulah rutinku yang selalu dahulu dan masih kekal hingga kini yang masih diingatinya.
"Alhamdulilah,Syukran Ya Allah....moga ukhwah ini kekal selamanya...". monolog hatiku berharapan...