26 May 2010

Bersendirian Lebih Baik Dari Beramai?

Assalammu'alaikum.

Kadang-kadang kita perlukan kawan untuk mendengar luahan hati kita,
Kadang-kadang kita perlukan kawan untuk membantu kita,
Kadang-kadang kita pun tak sedar yang kita ditipu dan difitnah oleh kawan sendiri.

Sebenarnya kita perlukan kawan yang ikhlas, jujur, amanah, dan bertanggungjawab.
Tapi kenapa mereka tiada sifat yang sebegitu?
Sedangkan kita teramat memerlukan dia.

Mungkin ALLAH telah tetapkan semuanya.
Kita hanya mampu redha dengan ketentuan-NYA.
Atau mungkin lebih baik kita bersendirian dari beramai-ramai?
Tolonglah ana, berikan jawapan!

23 May 2010

Hakikat Ilmu Seorang Hamba.


Ramai yang tahu kepentingan mencari ilmu. Hatta, wahyu yang pertama diturunkan pada Rasulullah saw pun berbunyi 'IQRA' iaitu 'Bacalah!'. Tetapi, mengapa wahyu menyuruh Rasulullah saw membaca sedangkan baginda seorang yang ummi (tidak tahu membaca)?

Hakikatnya, 'baca' di sini bukan bermaksud membaca apa yang bertulis, tetapi apa yang tidak bertulis. Perkara yang tidak bertulis i.e yang tersirat jauh lebih banyak, yang tidak semua manusia mampu 'membacanya'.

Maka, ayat lengkap wahyu tersebut ialah "اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ" yang bermaksud: "Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan". Jadi, ilmu yang kita ada semestinya perlu sampai kepada hakikat ketuhanan. Kalau belum, maka tidak sempurnalah ilmu itu.


Rasulullah S.A.W. telah bersabda :
العلم علمان : فعلم في القلب فذالك هو العلم النافع ؛ وعلم على السان فذالك حجة الله على ابن آدم

"Ilmu itu ada dua jenis : Ilmu yang ada dalam hati (disertakan amal), maka itulah yang bermanfaat; dan ilmu (yang hanya) berada di atas lidah (tanpa diamal), maka itulah ilmu (yang menjadi) hujjah Allah (untuk mendakwa kesalahan) terhadap anak Adam." - [Riwayat Ibnu Syaibah dan Al Khatib]

Kata Imam Ghazali RahimahulLah Ta’ala :

"Ilmu yang meemberi manfaat itu ialah ilmu yang menambahkan perasaan takutmu kepada Allah Ta’ala; (ilmu) yang menambahkan celik mata hatimu terhadap keaiban-keaiban dirimu; (ilmu) yang menambahkan ibadahmu kepada Tuhanmu ‘Azza wa Jalla dengan sebab makrifatmu kepadaNya; (ilmu) yang mengurangkan gemar kasihmu kepada dunia; (ilmu) yang menambahkan gemar kasihmu kepada akhirat; (ilmu) yang membukakan pandangan mata hatimu terhadap kebinasaan-kebinasaan segala amalmu sehingga kamu dapat memeliharakan dirimu daripadanya; (ilmu) yang menampakkan kepada kamu segala perdayaan syaithan dan tipuannya". - [Bidayatul Hidayah]

Saya mewakili krew iluvislam di UK mengucapkan Selamat Maju Jaya buat semua pembaca yang bakal menghadapi peperiksaan. Mudah-mudahan perjalanan kembara kita dalam mencari ilmu mampu mendekatkan kita denganNya, mampu menjadikan kita seorang hambaNya yang sentiasa merendah diri dan bersyukur. Sesungguhnya daripadaNya jua segala kebaikan itu datang dan kepadaNya jua kita semua akan dikembalikan kelak. 

Kisah Kerajaan Semut.


Ianya bermula dengan satu kematian dan dihadapkan ke hadapan Tuhan Semut…  

Malaikat Pendakwa: Apakah yang engkau telah lakukan didunia dahulu wahai Gadis Semut?  

Gadis Semut: Erk! Saya melakukan zina sehingga melahirkan seekor anak semut yang comel. Matanya berlinangan air mata mengenangkan peristiwa itu. Kepalanya tertunduk dan tidak mampu diangkat untuk memandang wajah Malaikat Pendakwa tersebut

Malaikat Pendakwa : Tidakkah engkau tahu bahawa zina ini berdosa dilakukan? Tidakkah ibu-bapamu ada mengajar kepadamu tentang ilmu agama? soal balas Malaikat Pendakwa yang mukanya teramat bengis

Gadis Semut: Saya tidak diajar langsung tentang ilmu agama, Tuan.  

Malaikat Pendakwa : Panggil bicara kedua-dua orang tua Gadis Semut ini sekarang juga ( bentak kepada Malaikat Pembantu yang lain).  

Malaikat Pendakwa : Wahai ibu bapa kepada Gadis Semut, tidakkah kamu tahu bahawa kamu wajib memberikan pendidikan agama kepada anak gadismu itu? (tanya Malaikat Pendakwa dengan tegasnya

Ibubapa: Kami lalai tuan, kami sibuk dengan urusan pekerjaan kami sehari-hari. Walaupun begitu kami ada menghantar anak gadis kami ke sekolah. Sepatutnya Ustaz dan Ustazah disekolah mengajarnya ilmu agama. Jawab ibubapa Gadis Semut tersebut.

 Malaikat Pendakwa : Panggil Ustaz dan Ustazah sekolah tersebut sekarang juga.( bentak Malaikat Pendakwa). 

Malaikat Pendakwa : Adakah kamu ada mengajar Gadis Semut ini tentang ilmu agama?( tanya Malaikat Pendakwa kepada Ustaz dan Ustazah sekolah Gadis Semut tersebut.)  

Ustaz dan Ustazah : Kami ada mengajarnya mengenai imu agama namun ianya terbatas kepada waktu yang dibenarkan dalam sistem pendidikan negara. Dalam seminggu kami cuma dapat mengajarkan ilmu agama cuma 5 waktu sahaja. 5 waktu ini cuma 225 minit sahaja tuan.  
Malaikat Pendakwa : Siapakah yang menetapkan waktu-waktu ini?  

Ustaz dan Ustazah : Kementerian Pendidikan tuan, yang diketuai oleh Menteri Pendidikan.  

Malaikat Pendakwa : Panggil ke kamar bicara Menteri Pendidikan. Adakah kamu yang memimpin Kementerian Pendidikan yang mentetapkan cuma 225 minit sahaja seminggu Pendidikan ilmu agama diajar kepada penuntut sekolah?  

Menteri Pendidikan : Ya tuan, memang saya yang memimpin Kementerian Pendidikan. Saya cuma menjalan tugasan saya seperti yang diarahkan oleh Kabinet, tuan. (terketar-ketar Menteri Pendidikan tersebut menjawab soalan Malaikat Pendakwa tersebut). Malaikat 

Pendakwa : Siapa yang mengetuai Kabinet Kerajaan kamu itu? (tegas soalan dari Malaikat Pendakwa)

Menteri Pendidikan : Perdana Menteri kami, tuan. (lemah balasan Menteri Pendidikan yang kini tidak mampu mengangkat muka)

Malaikat Pendakwa : Panggil ke kamar bicara Menteri Besar Kerajaan Semut ini sekarang juga!! Lemah longlai Menteri Besar diheret ke kamar bicara oleh Malaikat Pembantu. Kakinya tampak lemah tidak dapat mengatur langkah. Wajahnya nampak pucat lesi.  

Malaikat Pendakwa : Benarkah kamu yang memimpin kabinet Kerajaan Semut ini!??  

Menteri Besar: Ya tuan, Memang saya. Memang saya yang membuat semua keputusan yang diputuskan oleh kabinet. Malah memang saya yang mengarahkannya. 

Malaikat Pendakwa : Jadi memang kamu mengaku bahawa kamu tahu apa akibatnya atas arahan dan keputusan yang kamu lakukan? 

Menteri Besar : Ya memang saya tahu tuan, Namun saya melakukannya mengikut mandat yang diberikan kepada saya oleh rakyat negara saya yang memilih saya menjadi pemimpin mereka melalui satu pilihanraya. Apa yang saya lakukan adalah sekadar apa yang diharapkan oleh rakyat negara saya. Lemah jawapan Menteri Besar tersebut

Malaikat Pendakwa : Baiklah, sekarang saya serahkan kepada Tuhan Semut untuk membuat keputusan perbicaraan ini. Tuhanku, Menteri Besar ini mengaku bahawa atas mandat yang diberikan kepadanya oleh rakyat semut melalui pilihanraya, maka beliau mengarahkan kabinet negaranya yang seterusnya menetapkan bahawa Pendidikan ilmu agama cuma 225 minit sahaja seminggu yang mana diberitakan tidak mencukupi sehinggakan Gadis Semut ini telah melakukan satu dosa besar iaitu zina.  

Tuhan Semut : Barang siapa yang memilih (mengundi) Menteri Besar dan Kerajaan yang memerintah tersebut dalam pilihanraya hendaklah dimasukkan kedalam neraka keseluruhannya atas sebab dosa zina yang dilakukan oleh Gadis Semut tersebut. Ini termasuklah semua yang terlibat membiarkan Gadis Semut melakukan dosa zina. 

iluv


Jika anda seorang yang berakal, tentunya anda dapat menangkap maksud petikan ringkas cerpen diatas. Semoga Allah tidak melaknat kita dan memasukkan kita keseluruhannya kedalam neraka atas sikap sambil lewa dan cuai kita dalam memilih pemimpin dan pimpinan negara. Walaupun ada satu dosa kecil yang dilakukan oleh mana-mana pihak, maka kita pun akan dimasukkan kedalam neraka jika kita membiarkan dosa ini dilakukan walaupun tanpa kita sedar. Jika ditafsir dengan lebih mendalam, kita bukan sahaja berdosa apabila mengangkat pen membuat pilihan yang salah, tapi turut dicampakkan ke dalam golongan yang sama apabila mempunyai kemampuan tetapi tidak mengangkat tangan untuk bertindak membantu golongan si Gadis Semut.

17 May 2010

Hayatilah.

sahabat1

Cuba anda bayangkan. Anda baru sahaja habis membaca bacaan surah Yassin yang di sedekahkan kepada arwah kawan anda. Bagi anda dia hanyalah teman sekelas sahaja. Tiba-tiba muncul seorang gadis yang tidak di kenali duduk di sisi anda. Dia menghulurkan anda sekeping kertas yang kumal kelihatannya. Dia mengkhabarkan kepada anda bahawa dia ialah kakak kepada arwah kawan anda itu.

Selepas itu dia meminta izin untuk meninggalkan anda. Anda cuba meneliti tulisan yang terpampang pada kertas itu. Alangkah terkejutnya anda. Arwah sahabat anda ada menuliskan sesuatu kepada anda, tetapi tidak sempat untuk diberikan kepada anda kerana kini dia sudah pun meninggalkan alam sementara ini. Anda pun membaca apa 

yang di tulisnya :

"Assalamualaikum sahabatku, Jika di ikutkan hati, aku tak sanggup beritahu semua ni.. Tapi aku tak tahan lagi untuk merahsiakan semua ni, tahukah kau?Aku tengah sakit ni,bukan sakit hati tau.. Tapi doktor cakap aku ada penyakit ganjil..entah apalah penyakit aku ni…

aku tak fahamlah apa yang dia cakap…tapi apa yang aku tahu penyakit aku ni masih tak ketemui penawarnya…ishhh! Aku takut lah…aku harap kau jangan risau ya..Tapi aku tak tahulah…bila kau akan baca apa yang aku tulis ni..mungkin semasa kau baca aku dah takde kot…jangan sedih ya…ermm..sahabatku, kau perasan atau tak beberapa hari yang lalu, kau tak nampak aku kot semasa waktu pulang dari sekolah, sewaktu aku ingin turun tangga…aku nampak kau dekat koridor..aku nak tegur kau…tapi aku malu dan takut..nanti kau cakap aku ni terhegeh-hegeh ambil tahu semua pasal kau….masa tu aku dah nak turun tangga tingkat empat…tapi apabila terfikirkan kau, aku naik semula tangga ke tingkat empat..aku melihat kau masih di koridor tu…

tapi kau sedang berbual rancak dengan teman-temanmu yang lain…aku malu jugak nak mencelah…supaya kau tak nampak bahawa aku ni naik semula ke tingkat empat semata-mata nak jumpa kau, aku cepat-cepat berlakon bahawa aku nak masuk semula ke kelas sebab nak ambil buku yang tertinggal…terasa malu pulak pulak ngan kau.

erm…tapi aku tak kisah la semua tu, dan apa yang penting apa yang bakal aku beritahu ni…dah lama aku pendam…dan lama aku simpan perasaan ni…aku tak nak jadikannya sebagai pusaka la…apa-apa pun, aku nak luahkan jugak..aku tak kisah, asalkan jika aku pergi…apa yang terbuku di hati sudah pun aku luahkan kat kau…

Sahabatku, Aku sangat menyayangimu…aku sangat merinduimu di kala aku kesunyian…tetapi aku tahu siapa aku…tidak layak bagiku untuk berkata begini…tetapi inilah perasaan yang subur di hatiku…terukir namamu indah dalam hatiku..sebagai sahabat sejatiku…setiap kali kau bersuara, setiaku mendengar agar tenang dan senang kau merasa..

setiap kali kau sakit,kecewa,risau dan takut…aku cuba untuk mendampingimu agar kau tahu bahawa aku jujur dalam persahabatan ini…Tetapi di matamu, aku hanyalah orang awam sahaja dalam hidupmu…aku bagaikan melukut di tepi gantang…aku ada..aku tiada..semuanya sama bagimu…Aku tidak kisah semua itu sahabatku…kerana aku masih bersabar..

aku berdoa agar pintu hatimu terbuka untuk menerimaku…aku akan bersabar hingga ke akhir hayatku…akhir kalam, kutegaskan sekali lagi perasaanku ini…aku menyayangimu..aku merinduimu.ku mohon dan berdoa agar persahabatan kita kekal dunia akhirat..aku terpaksa pergi dulu..ibuku sedang memanggilku…aku terpaksa pergi ke hospital sekarang juga…aku pergi dulu sabahatku syg! sekian sahaja, wassalam…
Daripada, Sabahatmu… "

 

Apakah perasaan anda sesudah sahaja membaca warkah ini. Tiada perasaan?? Merasakan bahawa semua itu hanyalah fenomena biasa, yang hidup akan pergi jua. Atau pun menyesal dengan sikap anda terhadapnya selama ini. Tetapi nasi sudah menjadi bubur. Apa yang mampu anda lakukan kini adalah mensedekahkan bacaan kalamullah kepadanya. Oleh itu, hargailah sahabat yang hadir dalam hidup anda.


sahabat2

16 May 2010

Bertemu Dan Berpisah Kerana ALLAH.




Pertemuan antara kita,

Tidak pernah dirancang. Tetapi telah diatur kemas oleh Rabbul Jalil. Yang mengetahui suara hati antara kita. Yang mengimpikan kehadiran seorang insan. Yang bernama teman...
Walaupun bukan aku yang diharapkan. Tetapi akulah yang hadir dalam hidupmu. Mungkin kehadiranku tidak pernah dinanti. Namun, tiada walau secalit kekecewaan. Apatah lagi kekesalan di hati ini. Malah, aku amat menghargai pertemuan ini. Kerana dengannya. Terjalinlah sebuah persahabatan...
Perpisahan... ternyata amat menyakitkan. Sering kali mengundang air mata. Keindahan dan kebahagiaan yang kita nikmati bersama. Bagaikan disentap pergi serta-merta.
Walaupun begitu, ingatlah sahabatku.. Bertemu dan berpisahnya kita kerana ALLAH. Oleh itu, terimalah dengan penuh keredhaan...
Sekiranya ingatanmu singgah padaku. Kirimlah sepotong doa tika itu. Moga masih ada lagi pertemuan selepas ini. Jika tidak di dunia fana ini. Di Jannatul Firdaus yang kekal abadi... Insya-Allah... 

Titisan Mutiara Indah.

Menangislah sahabat,
Kerna air mata adalah bicara yang terindah.

Air mata terindah lahir,

Bilamana kamu terpisah dengan kemaksiatan,
Bilamana kamu bertaubat dengan jiwa penyesalan,
Tika dirimu mengusir kawan-kawan yang buruk perangai,
Tatkala itu kamu pasti merasakan titisan air hangat dipipimu.

Dan Bilamana dirimu meraih tangan,
Insan bergelar sahabat,

Tanpa dirimu sedari pipi dibasahi,
Butiran mutiara yang sangat indah.
Bilamana tercipta satu pertemuan,
Dan Terungkai segala isi hati,
Terungkap sebuah jalinan persahabatan,
Tapi tibanya saat perpisahan,
Detik ini pasti akan terjadi,
Titisan hangat pasti akan menemani diri,
Kerana pertemuan dan perpisahan adalah lumrah alam.

Bertemu dan berpisah kerana Allah,
Bisa melahirkan rantai-rantai perjuangan,
Pergimu menyebarkan wangian jannah,
Moga dunia ini akan berbau haruman syurga.

Tetapi sedarlah sahabat,
Saat dirimu menghadap Rabbul Izzah,
Mutiara indah yang hadir menemani dirimu tika itu,
Itulah air mata yang paling bernilai,
Ia bisa menjadi perisai untukmu.

Sahabat andai dirimu dahagakan kasih dan cinta,
Dambalah cinta dan kasih Yang Satu.



10 May 2010

10 Peringatan Bumi.

Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.

Anas Bin Malik berkata: "Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara"..

antaranya ialah:
1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

Kenali Musuh Pertama Manusia.


                                 ini la musuh pertama kita sebenarnya..


Tipu daya syaitan terhadap manusia supaya meninggalkan ibadat kepada Allah ada tujuh perkara menurut Imam Ghazali iaitu: 


1. Syaitan melarang manusia taat kepada Allah. Sedangkan orang-orang yang dipelihara Allah akan menolak ajakannya dan mengatakan: 
"Aku mengharapkan pahala dari Allah. Untuk itu, aku harus mempunyai bekalan di dunia ini demi akhirat yang kekal."


2. Syaitan sentiasa memujuk manusia agar tidak mentaati Allah. Dia menghasut manusia dengan mengatakan : 
"Nanti sahajalah, kalau sudah tua nanti barulah, masa masih panjang dan kita masih muda atau sebagainya lagi." : Orang-orang yang terpelihara akan menolaknya dengan mengatakan: "Kematianku bukan berada ditanganmu. Jika aku menundakan amalanku hari ini untuk esok, sehingga amal hari esok perlu aku kerjakan. Sedangkan setiap hari aku mempunyai amal berlainan."


3. Syaitan sentiasa mendorong manusia untuk bersegera dalam melakukan amalan kebaikan. Kata syaitan: 
"Cepat beramal agar engkau dapat mengejar dan mengerjakan amalan-amalan lain." :Orang-orang yang selamat akan menolaknya dengan mengatakan:
"Amal yang sedikit tetapi sempurna lebih baik daripada amalan yang banyak tetapi tidak sempurna." 


4. Syaitan akan menyuruh manusia untuk menjalankan amalan yang baik secara sempurna agar tidak dicela oleh orang lain. Mereka yang dipelihara oleh Allah akan mengatakan: 
"Bagi aku, penilaian cukup hanya dari Allah swt dan tidak ada manfaatnya beramal kerana manusia (orang lain)."


5. Syaitan membisikkan pujian kepada orang yang beramal
"Betapa tinggi darjatmu kerana dapat beramal soleh dan betapa cerdik dan sempurnanya dirimu." : Mendengar pujian ini, orang yang baik akan mengatakan bahawa: 
"Semua keagungan dan kesempurnaan itu hanyalah kepunyaan Allah dan bukan kekuatan atau kekuasaanku. Allah yang melimpahkan taufik kepadaku untuk dapat beramal sehingga Dia meredhai dan memberikan pahala yang besar. Sekiranya tanpa kurniaanNya, apalah erti amalanku ini, jika dibandingkan dengan nikmat Allah yang telah diberikan kepadaku, disamping dosaku yang bertimbun pula."

6. Dengan gagalnya jalan kelima, syaitan akan menerapkan cara yang keenam. Cara ini lebih berat jika dibandingkan dengan cara-cara yang terdahulu dan manusia tidak akan menyedarinya kecuali orang-orang yang cerdik dan berfikir. Syaitan berbisik dalam hati manusia: 
"Bersungguh-sungguhlah engkau beramal dengan sir (kejahatan), jangan sampai diketahui oleh orang lain ." : Begitulah syaitan mencampur-baurkan amalan seseorang dengan penipuannya yang sangat tersembunyi. Dengan ucapannya itu syaitan bermaksud untuk memasukkan sedikit perasaan riak. Orang-orang yang dipelihara Allah akan menolak ajakannya dengan mengatakan: 
"Hai malaun (yang dilaknat), engkau tidak henti-henti menggodaku dan merosakkan amalanku dengan pelbagai cara. Dan kini, kau berpura-pura seolah-olah akan memperbaiki amalanku, padahal engkau bermaksud merosakkannyaAku adalah hamba Allah dan Allah yang menjadikanku. Jika berkehendak, Allah akan menjadikan aku mulia atau hina. Semuanya itu adalah urusan Allah. Aku tidak khuatir, amalanku diperlihatkan atau tidak kepada orang lain, sebab itu bukan urusan manusia."


7. Gagal dengan cara itu, syaitan akan meneruskan godaannya dengan cara lain lagi. Dia mengatakan: 
"Hai manusia, janganlah engkau menyusahkan diri sendiri dengan beramal ibadat kerana jika Allah telah menetapkan kamu sebagai orang yang berbahagia pada hari azali kelak, maka meninggalkan ibadat pun tidak akan memberikan sebarang mudharat. Engkau tetap menjadi orang yang berbahagia dan sebaliknya jika Allah menetapkan kamu sebagai seorang yang celaka, maka tidak ada gunanya engkau beribadat kerana engkau tetap akan celaka." :

Orang-orang yang dipelihara oleh Allah sudah pasti akan menolak godaan itu dengan mengatakan: 

"Aku hanyalah hamba Allah. Wajib bagiku menuruti perintahNya. Allah Maha Mengetahui, menetapkan sesuatu dan berbuat apa sahaja sesuai dengan kehendakNya. Walau bagaimanapun keadaanku, amalanku tetap bermanfaat. Jika aku ditetapkan sebagai orang yang berbahagia, aku akan tetap beribadat untuk memperbanyakkan pahala. Sebaliknya, jika aku ditetapkan sebagai orang yang celaka, aku akan tetap meneruskan perbuatan ibadat agar tidak menjadi sebuah penyesalan bagiku. Sekiranya aku masuk neraka, padahal aku taat, itu adalah lebih aku sukai daripada aku masuk neraka kerana melakukan maksiat." 

Tetapi tidak akan demikian akibatnya kerana janji Allah pasti terbukti dan firmanNya pasti benar :  
Allah telah menjanjikan pahala kepada sesiapa sahaja yang taat kepadaNya. Barangsiapa mati dalam keadaan beriman dan taat kepada Allah, dia tidak akan dimasukkan ke dalam neraka, melainkan syurgalah tempatnya. Jadi, masuknya seseorang ke dalam syurga bukan kerana kekuatan amalan yang telah didirikan, tetapi kerana janji Allah yang suci murni dan pasti! 
Kelak, orang-orang yang berbahagia dan beruntung akan mengatakan : Segala puji bagi Allah yang membuktikan janjiNya dengan syurga, Semoga Allah melimpahkan rahmatNya kepada kita.


"Sesungguhnya dalam mentaati Allah, terlalu banyak godaan dan tipu daya syaitan yang perlu kita lalui. Bandingkan segala permasalahan dan perbuatan kepada keadaan tersebut dan pohonlah perlindungan Allah swt agar terlindung dan terpelihara dari kejahatan syaitan. Sesungguhnya segala sesuatu itu berada di bawah kekuasaan Allah dan kepadaNyalah kita mengharapkan taufiq dan keredhaan. Tiada daya untuk meninggalkan maksiat dan tidak ada kekuatan untuk mengerjakan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung."