31 March 2010

Allah Maha Penyayang

Di suatu petang, duduk dua orang saudara perempuan di hujung padang. Keduanya melepaskan kelelahan selepas beriadah, seteguk demi seteguk air melepasi tekak menghilangkan kehausan yang terjadi akibat perpeluhan semasa beriadah. Alhamdulillah.

Keduanya memandang, seorang memandang ke langit dan seorang lagi merenung ke anak-anak rumput. Masih berbau rumput yang baru di potong. Subhanallah, haruman rumput segar memasuki rongga hidung.

 "Adik... Cuba lihat langit, ia tetap teguh tanpa tiang yang menjadi kekuda. Hebatkan Allah?"

"Allahuakbar, betul... Ciptaan Allah sarat dengan hikmah. Hatta rumput yang dipijak manusia juga tetap memberi manfaat. Cengkaman akarnya bisa membuatkan tanah menjadi lebih berstruktur. Apabila hujan, tanah tidak mengalir bersama air lalu membuatkan air di sungai tercemar. Tetapi, manusia yang zalim akan selalu mengakibatkan kemusnahan alam."

"Benar adikku... Tanpa binatang dan tumbuhan, tiadalah hujan buat manusia yang sentiasa lalai dan leka seperti kita. Tak jemu-jemu melakukan kerosakan."

"Astaghfirullah hal azhim... Allah selalu mengingatkan kita, tetapi kita sering melupakan tarbiyyah dari Nya."

30 March 2010

Fakta Yang Perlu Kita Ketahui!

1. Tahukah anda apabila 350 ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150 ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seora ng budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan muz: ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi..

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walau bagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk nenggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.

Sekian...

Harimau, Buaya & Tikus

Adalah seorang hamba Allah ni , dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan.Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi....aauuummmmm!!!!!.... bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi harimau yg lapar tu menunggunya. 
 


 Waktu susah memang sentiasa ingat.
Si hamba ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri. sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir cam ner nak selamat tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi. Aaaaa!!!!...Ya Allah.....lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. Lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut. Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi. naik ke atas ikut tali yg hamba allah tu bergayut. sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Aduhhhh!!camner ni. 

Pastu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Dia naik mengikut tali tadi, cit!cit!cit!cit! Sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. 

"Cis,lagi satu . Macam aku nak buat ni.... habislah jadi mangsa buaya."

Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. 

"Macam mana nih..."

Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba ... terdengar satu bunyi....uuuuuuuuuuuuu...Bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. 

Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata, 

"Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap madu ni." 

Kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yang menantinya di bawah. 
----------------------------------------------------------------------------------


Kalau semua nak tahu , si Hamba Allah itu adalah kita semua. 

Harimau yang mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 

2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. 

Tali yg tempat si hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita. 

Tikus putih dan hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yg sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali. 

Madu yang jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah.

04 March 2010

Ku Insafi Diri Ini



Kakiku melangkah lemah, membawa diriku ini yang kian goyah, terumbang-ambing di tiup arus modenisasi dunia yang serba canggih mengikut masa. Entah ke mana hendak dibawanya kaki ini.... ke sana tidak kena, ke sini tidak pasti, fikiranku kaku, serba tidak tahu....

Sunyi kota di malam hari ku tatap dengan mata yang jemu... entah kenapa, malam ini tidak seperti malam yang selalu, yang ku lalui dengan gembira dan berseronok dengan apa yang aku ada, bersama-sama rakan-rakan yang otaknya ‘gila’ seperti aku.

Ajakan kawan-kawan ku tolak dengan pandangan yang bosan. Seolah-olah aku sudah tidak berminat lagi dengan kegiatan yang rendah moralnya itu. Padahal selalunya akulah nombor satu. Entah kenapa, hmmm....(melepaskan keluh yang maha berat) seperti yang ku katakan tadi.... segalanya ku pandang jemu.

Arrgggh...! Apa ni?? Apa maksud perasaan ku ini??

Ku pandang langit, mencari rembulan, mungkin ia dapat memberi jawapan.... sepi...
Ku pandang bintang yg terang, mungkin di situ jawapan kan datang.... sunyi...

Tiada siapa yang dapat memberikan jawapan kepada ku, perasaan ku gundah dan resah,
Mendesah mencari ketenangan yang tak pernah kunjung tiba.

Ku merenung jauh menembusi kegelapan malam...
kala itu datang kembali kata-kata yang menghenyak hati ini, di atas sehelai warkah putih,
Aku menyerah diri, kepada bait-bait indah yang menjunam keras hati ini...

Ku tulis warkah ini hanyak untukmu, Insan yang bakal bergelar suami...

“Wahai lelaki, kaulah bakal pemimpin kami, kau lah yang akan membentuk diri kami, menjadi seketul permata putih, atau seketul batu keras, yang kan membakar dirimu kembali....”

“Ketahuilah wahai lelaki, Nabi telah bersabda kepada kita ummatnya, mencari pasangan hidup berdasarkan 4 perkara..... Kecantikkan wajahnya, Harta yang ada padanya, Nasab keturunannya... tetapi carilah yang ada kefahaman agama padanya, kerna ia kan menjamin bahagia....”

“Wahai lelaki, kau Insan yang akan bergelar suami”

“Andai kau melihat pada kecantikkan yang ada pada diri ini, ketahuilah, ia takkan kekal selamanya, kerna wajah indah ini kan tua, saat itu wajah indah diganti dengan wajah tua yang berkedut,  apakah ketika itu kau akan melihat lagi pada diriku?”

“Andai kau melihat pada harta yang ada, ketahuilah, ia tidakkan kekal juga, berkurangan selepas kau guna, dan apabila harta itu habis di mamah masa, apakah kau akan melihat pada diriku lagi?”

“dan... Andai kau melihat pada nasab keturunanku, ketahuilah... iman tidak mungkin diwarisi... kerna iman perlu kita cari... kita kaji dan di didik dalam diri... ada yang nasabnya tidak seindah yang disangka, tetapi dirinya, Subhanallah... menjadi contoh tauladan pada semua. Andai diriku tidak seindah seperti nasab ku yang indah pada matamu, apakah kau akan melihat pada diriku lagi?”

“Akhirnya agamalah pilihan utama... kerna aku mungkin tidak berwajah Cik Dunia (Miss World), dan aku bukanlah seorang hartawan dengan harta yang berjuta, aku juga bukanlah anakanda atau cucunda seorang raja yang hebat keturunannya... tapi sekurang-sekurangnya aku yakin, andai kau melihat pada agama yang ada padaku, kan ku serahkan segala yang ada padaku, untuk kau gunakan dalam perjuanganmu, kerna aku yakin, kau takkan mensia-siakan pengorbananku wahai bakal suamiku....”

“Tetapi.... apakah dirimu begitu? Sudah sempurnakah agamamu untuk membimbingku? Sudah kukuhkah pendirianmu untuk berpegang kepada syariat Allah dan ajaran Sunnah RasulNYA? Apakah kau yakin kau kan dapat membina sebuah keluarga yang bahagia bukan sahaja di dunia, bahkan kekal hingga ke syurga menanti???”

“Kerna bukannya kecantikkan, harta dan keturunan yang aku lihat pada dirimu... Mahupun kesempurnaan ilmu agama yang kukuh, cukup bagiku kau berusaha untuk mendalaminya, membuatkan diri ini terasa sudah bersedia...  Bersedia untuk dibimbing oleh dirimu... sebagai Isteri kepada dirimu, lelaki yang bergelar suami...”


“...dan perempuan-perempuan Yang baik untuk lelaki-lelaki Yang baik, dan lelaki-lelaki Yang baik untuk perempuan-perempuan Yang baik...”
(Surah an-Nur : 26)

Kata-kata ini...
Di dalam warkah ini...
Aduh!!!
Kini diriku rasa umpama ditusuk sebilah pedang panjang,
Yang merobek-robek hatiku, yang gelap diselaputi hawa nafsu....

01 March 2010

Kanak - Kanak Kupu - Kupu Syurga

Perhatikan keistimewaan yang bakal diperolehi apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga :  

1. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuanya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis kerana takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api Neraka ke atas tubuhnya.
 

2. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.
 

3. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
 

4. Barangsiapa keluar ke pekan Muslimin dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan membawa buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
 


5. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya. 

6. Aqrak pernah terlihat Nabi s.a.w. mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata: "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium". Sabda Nabi s.a.w. : "Orang yang tidak menyayang tidak pula akan disayang". Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
 

7. Suruhlah anak-anakmu sembahyang ketika umurnya tujuh tahun dan pukullah dia kerana meninggalkan sembahyang apabila berumur sepuluh tahun, pisahkan anak-anak perempuan dalam tempat tidur mereka.
 

8. Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasullullah, kepada siapakah harus aku berbakti?" Jawab baginda : "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi : "Ibu bapaku sudah tiada lagi". Sabda Nabi s.a.w. : "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibu bapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak atas dirimu".
 


9. Setelah anak perempuan kamu berumur 16 tahun, maka kahwinkanlah dia.