Kadangkala tanpa disedari kamu melakukan perkara yang boleh menyebabkan kamu berasa malu dengan sendiri. Muka kamu tiba-tiba berubah merah padam disebabkan perkara yg tidak disengajakan. Cuba kamu jawab soalan2 dibawah dan lihat sejauh mana tahap malu kamu apabila sesuatu yg tidak dijangka berlaku.
1. Kamu pergi ke sekolah dgn kasut lama yg kurang menarik, jadi kamu ...
*menyorok seharian dan mengelak daripada bertemu kawan2.
*buat tidak tahu sahaja selagi orang lain tak perasan.
*beritahu semua orang kasut itu rekaan terbaru yg ada di pasaran.
2. Didalam bas, kamu tiba2 menyanyi dgn kuat. Kamu ...
*kamu menyuruh kawan kamu menyanyi bersama.
*menyalahkan orang lain yang duduk di hadapan kamu.
*menyorok di belakang tempat duduk kamu dan turun di hentian yg seterusnya.
3. Kamu berlakon dalam teater di sekolah. Semasa persembahan kamu terlupa dialog. Kamu...
*tenang dan berlagak seperti adegan tersebut termasuk dalam babak teater.
*muka kamu merah padam dan tidak mahu lagi berlakon selepas ini.
*pura2 hilang suara dengan tiba2.
4. Kamu dengan tidak sengaja membuatkan skirt kawan kamu terkoyak di khalayak ramai. Kamu...
*mengelak daripada bertemu kawan kamu selama seminggu.
*menyalahkan kasut kamu yan terpijak kain skirt kawan kamu itu.
*membelikan skirt baru sejurus selepas perkara itu berlaku.
5. Kamu membuat persembahan tarjan untuk satu majlis di sekolah. Tiba2 kamu terjatuh semasa persembahan. Kamu...
*cepat2 bangun dan mengikut gerak tari seperti biasa.
*bangun dan malu sendiri tetapi tetap meneruskan tarian.
*berlari meninggalkan persembahan kerana malu.
Merah pilihan kamu = Gadis pemalu
*janganlah malu sangat dengan perkara yang berlaku sehingga kamu berasa tertekan. Sesuatu perkara itu terjadi biasanya bersebab. Semua orang akan melaluinya. Jadi jangan terlalu berfikir mengenai perkara itu dan nikmati hidup kamu seperti orang lain.
Merah jambu pilihan kamu = Biasa-biasa saja
*kadang2 kamu malu sangat dan adakalanya kamu sendiri. Baguslah begitu. Bukan semua benda yang perlu kamu ambil. Ketawa itukan penawar.
Hijau pilihan kamu = Si selamba
*setiap perkara lucu yang berlaku kepada kamu bakal mengundang gelak ketawa kamu dan kawan-kawan yang lain. Kamu buat tak tahu sahaja dan bersikap tenang dengan apa jua keadaan. Sikap begini pasti buat orang senang dengan kamu.