As salam.
Harini nak cerita aktiviti selepas Peperiksaan Akhir Tahun. Hmm. Apa ye? Entah la, rasa macam tak banyak je, keluar makan dengan kawan-kawan, makan, makan, makan dan makan. Itu je lah aktiviti nya. Bila kat sekolah hampir semua chegu dah tak mengajar kitorang. Lagipun ramai pelajar yang tak datang, apa yang chegu nak ajar? Apa yang berlaku bila chegu tak ajar dan pelajar tak datang? Kami yang datang ni hanya mampu melelapkan mata dan bermimpi. Wahh, bestnya ! Haha.
Bila baik rumah online. Buat apa? Main Facebook, Twitter, dengar lagu, bukak Youtube. Sambil-sambil tu cari mana-mana sumber/ilmu kat mana-mana laman sosial.
Opss ! Tajuk sebenarnya RINDU, tapi kenapa cerita pasal benda ni semua, haa? Aduh ! Apa lah. Hmm. Dah dua hari tak sekolah, termasuk esok (Jumaat) jadilah tiga hari. Harini duduk rumah seorang diri, adik bersekolah (hantar buku teks), abang keluar, saya duduk rumah. Mula-mula main game, tapi dah bosan, bukak la gambar-gambar lama dalam folder
'Gambar Family'. Tengok satu persatu gambar masa kecik-kecik, eh, keciknya saya, tahun depan dah nak masuk 17 tahun, dah besar rupanya. Lepas tu tengok lagi gambar family yang lain. Ahh, rindu nya kat mereka ! Rindu my Daddy, rindu my Mummy, rindu my Amir Solihin, rindu my kakak, dan rindu my abang-abang.
Bila rindu dah hadir, mula lah rasa nak menangis. Kebetulan dengar lagu Pasrah Segalanya. Ouh, sangat sedih ! Bantu lah saya. Saya rindukan Mummy Daddy saya ! Saya nak duduk dengan mereka. Sobs sobs sobs. Dada saya sakit, nak mereka ! (Ngada-ngada pulak ayat tu. Haha.)
By the way, esok (Jumaat) saya nak balik Sungai Buloh dah. Nak jumpa mereka yang saya sayang sangat-sangat tu dan rindu sangat-sangat tu. Korang ada? Hehe. Alhamdulillah, tak sabarnya.
Jom layan lagu ni.
http://www.youtube.com/watch?v=_ir3nIsKn2Y